Cerita emas sepanjang 2012
Tahun 2012 ini adalah tahun yang cukup suram untuk pelaburan dan
perniagaan emas, bukan sahaja kerana kejatuhan pasaran emas tetapi juga
krisis-krisis skim pelaburan yang merugikan ramai pihak dan syarikat
emas sendiri. Laporan akhbar menyiarkan lebih dari 20 syarikat emas
diserbu pihak berkuasa dan beratus lagi disenarai hitam Security
Commision (SC), anggaran kasar kerugian yang dialami warga Malaysia
berkemungkinan melebihi RM15 bilion sepanjang tahun lepas.
Antara kerugian-kerugian terbesar dicatatkan didalam dunia pelaburan emas sepanjang tahun 2012 adalah :
1. Krisis Bestino Golden House (Kerugian dianggarkan RM411 Juta, 7000 Individu terlibat)
- Syarikat pelaburan emas Bestino mula beroperasi sekitar tahun 2008
dengan skim pembelian jongkong emas bernilai RM10,000 – RM50,000 dan
juga terbitan 400 juta saham tanpa kelulusan SC. Skim pelaburan Bestino
ini menjanjikan pulangan dividen sebanyak 36% setahun menarik minat 6740
orang ramai untuk melabur,
Operasi pelaburan Bestino mula
mengalami masalah apabila disiasat Security Commision pada awal tahun
2011 apabila Empat pengarah syarikat Bestino didakwa di Mahkamah Ipoh
atas kesalahan pengubahanan wang haram dan menyebabkan aset mereka
dibekukan. Pada awal tahun 2012, syarikat tidak dapat membayar dividen
3% bulanan kepada pelabur menyebabkan pelabur memberi tekanan untuk
memulangkan kembali capital mereka. Pada pertengahan 2012, pengarah
syarikat berjanji untuk mencairkan ‘aset’ mereka di luar negara yang
bernilai hampir ‘400 juta’ untuk tujuan membayar balik modal pelabur
tetapi membatalkan kembali kerana bimbang wang yang dibawa masuk akan
dibekukan semula Bank Negara. Krisis antara syarikat dan pelabur masih
berlanjutan dan belum dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.
2. Penipuan emas (tungsten) di dalam Ar-Rahnu. (Kerugian RM80 juta, ratusan terlibat)
- Pada April 2012, seorang pemilik kedai emas membuat laporan polis
mendakwa diperdayakan pihak Pajak Gadai Ar-Rahnu di sebuah bank di
Bandar Ipoh, mangsa yang membeli kira-kira 2kilogram emas dari pelanggan
mendakwa emas yang dibeli sebenarnya campuran tungsten-emas dan
disahkan pusat peleburan emas. Ekoran laporan yang dibuat, pihak bank
terbabit memeriksa seluruh cawangannya di Malaysia dan menemui kira-kira
ratusan emas palsu yang bernilai hampir RM80 juta didalam akaun emas
Ar-Rahnu. Sindiket yang melakukan penipuan ini masih dibawah siasaran
serta turut melibatkan pihak dalaman bank itu sendiri.
3. Pelaburan emas 999 padu dan Jongkong Emas 999.9 (Kerugian lebih RM2billion, >20,000 terlibat)
- Pelaburan emas 999 melibatkan lebih ramai pelabur berbangsa melayu
bermula sekitar awal 2010 menggunakan Jongkong Emas Pamp Suisse 999.9
dan juga emas padu 999, skim pelaburan ini tidak diuruskan mana-mana
syarikat dan lebih berbentuk perniagaan jual beli emas, Pada tahun 2011
harga emas naik ke kemuncaknya pada bulan September, kenaikan harga emas
yang tinggi ini menarik minat beribu pelabur baru untuk membeli emas.
Dari spekulasi Bank-bank utama di Malaysia berkenaan kenaikan harga
hingga mencecah RM400/gram dalam tempoh masa singkat, mendorong ramai
pelabur menukar portfolio mereka kepada emas.
Tetapi sayangnya,
walaupun spekulasi berterusan dari broker dan penganalisis pasaran,
harga emas hanya mampu bertahan beberapa bulan sebelum jatuh teruk pada
awal 2012 ekoran kejatuhan ekonomi eropah, ramai pelabur yang membeli
ketika harga puncak tersebut terpaksa menanggung kos simpan emas atau
menerima risiko emas mereka akan dilelong apabila tamat tempoh waktu
simpanan. Akhirnya pelabur terpaksa mengeluarkan emas dan menyimpannya
sendiri dan ramai juga yang terpaksa menjual emas mereka untuk mengelak
terus membayar upah simpan.
4. Pelaburan Emas Genneva (Kerugian lebih RM10bilion, >50,000 terlibat)
- Pelaburan emas ini diuruskan oleh Genneva Malaysia Sdn Bhd , sebuah
syarikat berpangkalan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur melibatkan
ramai pelabur VVIP dan pelabur berbangsa cina. Didalam bentuk pelaburan
ini , Genneva menjanjikan pelabur pulangan dividen (2%) setiap bulan
dalam bentuk hibah selagi emas disimpan pelanggan dalam tempoh 6 bulan,
selepas tamat 6 bulan pelabur boleh menjual emas semula kepada Genneva
dengan harga belian dahulu, ataupun membeli semula dan terus menikmati
pulangan hibah 2% setiap bulan.
Pada bulan Oktober 2012, pihak
berkuasa Malaysia dan Singapura menyerbu pusat operasi Geneva Malaysia
Sdn Bhd dan Geneva Pte Ltd dan merampas kira-kira 200kg emas dan wang
tunai yang belum diserahkan kepada pelabur.
Oleh kerana
pelaburan emas Genneva melibatkan amaun yang besar, kes emas Genneva
beberapa kali kedengaran di sidang parlimen dan tekanan berterusan
kepada Kementerian Kewangan serta Bank Negara Malaysia yang terlibat
dalam operasi keatas syarikat.. Kes emas Genneva masih didalam siasatan
dan kerugian yang dicatatkan merupakan terbesar dalam pelaburan emas
Malaysia tahun ini..
5. Syarikat Public Gold telah digemparkan
dengan tersenarai dalam "Alert List" Bank Negara Malaysia (BNM) pada
bulan September 2012 dan alhamdulillah terkeluar dalam senarai list BNM
sebulan selepas itu. Tahukah Anda ! Public Gold menjalankan aktiviti
jual beli emas secara tulen, tak ada apa-apa SKIM pelaburan ditawarkan.
SEMOGA TAHUN BARU 2013 LEBIH TERBAIK UNTUK EMAS :)
No comments:
Post a Comment