Beberapa minggu ini kita meyaksikan pergerakan harga emas yang
bergerak sideways atau ranging (bergerak dalam range kecil), ekoran para
pelabur masih menunggu beberapa data fundamental yang masih dalam
perbincangan dimana ianya bakal memberi impak besar kepada ekonomi
Amerika Syarikat.
Biasanya, jika data tersebut memberi impak positif kepada U.S, maka
harga Emas akan turun kerana para pelabur jangka pendek akan menjual
pelaburan dari sektor komoditi dan beralih membeli saham pula, dan
begitu juga yang akan berlaku jika impak data tersebut yang sebaliknya.
Saya menjangkakan pergerakan besar harga Emas dan Perak mungkin akan
berlaku pada 4 januari 2013, iaitu hari Jumaat ini berikutan ada
beberapa faktor fundamental yang akan diumumkan pada tarikh tersebut.
Rujuk pada paparan dibawah.
Bila saya kata akan berlaku pergerakan besar maka banyaklah soalan yang bertanya,
“Pergerakan naik atau turun..?”
Jawapan saya, Wallahua’lam… itu akan
bergantung kepada sentimen yang dipengaruhi oleh data yang akan
dikeluarkan nanti dan tiada siapa yang tahu kerana sentimen pasaran
sentiasa diluar jangkaan.
Paling terbaik, jangan berspekulasi dengan pasaran, iaitu jangan meramal atau menjangka ke mana hala tuju pasaran.
Jadi apa yang perlu dilakukan? Anda hanya perlu merangka strategi pelaburan, itu sahaja.
Bermakna, jika harganya naik sekalipun anda
dah tau apa yang perlu dilakukan dan jika harganya turun pun anda dah
tau langkah yang perlu anda ambil, itulah strategi!
No comments:
Post a Comment