Analisis Fundamental
Baru-baru ini sebaik sahaja pengumuman mengenai pelaksanaan Quantitative Easing untuk kali yang ketiga (QE 3), Para pelabur di pasaran Wall Street
dilaporkan bertindak menjual pegangan saham mereka kerana tindakan itu
menyebabkan Wang Dollar ditambah cetak sekaligus bakal mengakibatkan
kenaikan kadar inflasi atau penyusutan kuasa beli sebarang transaksi
yang menggunakan matawang USD.
Kenaikan kadar inflasi bermakna akan berlakunya kenaikan harga
barangan, sekaligus akan menyebabkan berlakunya kelembapan sistem
ekonomi kerana pengguna akan berjimat cermat dan mengurangkan perbelanjaan mereka.
Lalu Pelaburan dalam saham agak kurang menguntungkan kerana
perniagaan syarikat yang disenaraikan dalam bursa akan menerima kesan
buruk dari tindakan pengguna yang mengurangkan perbelanjaan tadi.
Disebabkan kuasa beli dollar semakin menyusut, para pengguna tidak mahu membuat simpanan dalam bentuk
tunai, dan mereka memilih simpanan dalam bentuk aset yang mudah cair
iaitu “Precious Metal” dan pilihan utama mereka adalah Emas dan Perak.
Situasi ini akan menyebabkan kenaikan permintaan keatas kedua-dua
komoditi ini dan ianya telah dijangka oleh para pelabur yang melepaskan
atau menjual belian saham mereka sebelum ini, lalu para pelabur ini
akan segera membuat pelaburan baru dalam sektor pelaburan komoditi iaitu
Emas dan Perak tetapi dalam bentuk ETF atau Exchange Traded Fund (paper
and silver gold).
Perubahan tindakan ini telah menyebabkan lonjakan harga emas dan
perak secara mendadak dan dijangka berterusan sehingga tahun 2015 kerana
QE3 akan berlangsung spanjang tempoh ini.
Perhatikan Impak Quantitative Easing 1, 2 dan impak awal QE3 kepada harga Emas.
Impak Quantitative Easing 1, 2 dan 3
Dan seperti yang kita sedia maklum,
corak pergerakan harga emas pada tahun ini adalah menyamai corak
pergerakannya pada tahun 2008 disebabkan situasi krisis ekonomi yang
melanda pada ketika itu dan juga tindakan Federal Reserve menanganinya melalui Program QE 1 dan QE 2.
Perhatikan dibawah ini,
Hampir serupa dengan corak pergerakan
harga yang diatasnya kan? jadi jika mengambilkira posisi harga Emas
sekarang yang menyamai posisi harganya pada hujung tahun 2008, adakah
paras harga sekarang sudah cukup tinggi?
Mungkin anda perlu mempertimbangkannya
semula kerana pada saya harganya amat berpotensi untuk lebih tinggi lagi
pada tahun 2015 nanti, iaitu 3 tahun dari sekarang sama sebagaimana
kenaikannya bermula pada tahun 2009 hingga 2011 iaitu sama seperti graf
harga yang diatasnya juga.
Analisis Teknikal
Sepanjang 3 tahun bermula dari QE 1
dijalankan sehingga berakhirnya QE 2, harga emas telah melonjak naik
sekitar 180%, dan sekiranya peratus kenaikan yang sama berlaku kepada
harga emas ketika ini iaitu selepas ia berjaya melepasi paras harga
tertingginya sekitar $1925/oz, maka destinasi harga emas seterusnya
adalah sekitar $5,000/oz dan angka tersebut sememangnya angka yang
sering disebut-sebut oleh pakar ekonomi di seluruh dunia dan ternyata ia
sangat realistik.
Mengapa saya begitu optimis dengan potensi kenaikan yang berterusan bagi tempoh selama 3 tahun yang akan datang?
Diantaran sebab utama adalah kerana Program
QE 3 akan berjalan sepanjang tempoh tersebut, dan seperti yang kita
perhatikan kesan dari QE 1 dan QE 2, harga emas terus naik dan naik
selama tempoh program itu dijalankan.
Dan yang dibawah ini adalah Trend pergerakan
yang akan dilalui oleh harga Emas sepanjang tempoh 3 tahun ini, dan
paras harga yang paling hampir untuk dicapai adalah sekitar
$2200-$2300/oz sekurang-kurangnya menjelang pertengahan tahun 2013.
Semoga anda tidak lagi mengabaikan peluang berpotensi ini sepertimana peluang-peluang yang saya kongsikan sebelum ini ya..!
Saya adalah seorang Pelabur Emas dan Perak
fizikal sepenuh masa sejak 3 tahun yang lalu, dan bidang ini adalah skop
kepakaran saya dimana saya sendiri memberikan tumpuan sepenuhnya setiap
masa, jadi penelitian saya mengenai risiko dan sebarang kemungkinan
yang mungkin wujud adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding pelabur
yang menjadikan pelaburannya sebagai sumber sampingan dan bukan
profession utamanya.
Secara mudahnya, Analisis Fundamental berperanan memberikan gambaran mengenai andaian situasi ekonomi semasa pada masa hadapan berdasarkan data dan dasar ekonomi semasa, ia sekaligus membantu untuk memberikan jangkaan mengenai halatuju pergerakan harga Emas pada masa yang akan datang dalam tempoh waktu yang lebih panjang.Manakala Analisis Teknikal pula untuk membantu anda menjangka paras-paras harga yang berpotensi dicapai hasil analisa Fundamental sebelumnya, sebagai contoh jika Analisis Fundamental memberikan gambaran positif mengenai kenaikan harga emas, Analisis Teknikal pula berperanan menentukan kenaikan yang dijangkakan itu sehingga ke paras harga berapa? jika ia turun seketika sehingga ke paras harga berapa? dan yang seumpamanya. Justeru, Analisis Teknikal memerlukan kepada data prestasi lampau pergerakan harganya yang akan digunakan sebagai paras-paras harga Sokongan (Support) dan Rintangan (Resistance).
Kesimpulannya,
Analisis Fundamental Harga Emas -
Mendorong berlakunya peningkatan “Demand” sekaligus menyokong kenaikan harga - POSITIF
Analisis Teknikal Harga Emas -
Menunjukkan Trend pergerakan menaik dan selaras dengan jangkaan Analisis Fundamental - POSITIF
Bermakna, tiada sebarang faktor yang menghalang untuk harga emas
terus naik, naik dan naik, bermakna, pada kebanyakan masa anda akan
sering melihat kekerapan pergerakan harga emas menaik, berbanding
pergerakannya menurun.
Jadi apakah langkah yang perlu anda lakukan seterusnya? BELI EMAS & SILVER SEGERA!
No comments:
Post a Comment