Kali ini saya ingin kongsikan ilmu mendapatkan RM200k untuk
pencen anda. Kalau anda seorang kakitangan kerajaan gred 17, mungkin wang gred
duty yang akan dapat sekitar RM100,000. Melainkan anda mula kerja
dengan gred
41 mungkin mampu mendapatkan wang gred duty sebanyak RM200k.
Untuk mereka yang xmampu dapat sebanyak itu. Disini saya
kongsikan cara untuk anda mengumpul wang sebanyak itu. Anda boleh dapat RM200k dalam masa 25thn dengan membuat loan
ASB sekarang. Tak percaya jom kita lihat pengiraan ini...
Untuk buat RM200k loan ASB..anda perlu menbayar
RM1,130/bulan iaitu RM11, 300 untuk tempoh 10 bulan sebelum boleh kutip dividen
untuk pembayaran tahun ke-2. Mengapa bayar 10 bulan sahaja tidak 12 bulan.
Alasan yang paling sesuai untuk meminimakan serendah bayaran bulanan.
Untuk makluman, akaun yang tertunggak 3bulan keatas sahaja
pihak bank akan menjualnya. Disini tempohnya hanya 2bulan, selamat lagi dari
digadai oleh pihak bank. Mana nak dapat RM11,300 ini...? Berminat la tu boleh
baca sampai sini. Ok kita sambung lagi untuk tindakan selanjutnya.
Seterusnya anda boleh la pergi ke mana2 bank untuk buat
personal loan. Biasanya Bank Rakyat dan Agro Bank la..tapi MBSB pun ok juga.
Tapi bagi susah nak buat personal loan di bank tersebut boleh mencuba dengan
Bank Persatuan. Jangan cari AH LONG sudah.
Buat personal loan sebanyak RM15,000, dan anda akan dapat
sekitar RM13,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM128 @ RM1,536 setahun. Sekarang
dah dapat wang untuk bayar loan ASB RM200k iaitu RM11,300. Bolehlah la anda
pergi buat ASB loan sekarang.
Yang jadi masalah lagi macam mana nak bayar Personal loan.
RM13,000 – RM11,300 masih lagi berbaki RM1,700. Lepas la untuk bayar personal
loan untuk tahun pertama. Sekarang setel dah masalah tahun pertama. Takut lagi
ker...
Tanpa perlukan modal anda mampu memiliki loan ASB RM200k. Larat
lagi ke nak baca, ini cara pembayaran untuk tahun ke-2 sehingga tamat lak..
Masuk aja tahun ke-2 anda akan mendapat dividen ASB sebanyak
RM16,000 dengan andaian dividen ASB 8%. Wang inilah yang akan anda gunakan
untuk membayar loan ASB ( RM13,560 untuk 12 bulan) + personal loan (RM1,536) =
RM14,916
Masih berbaki lagi duit Dividen itu. RM1,084. Jangan lupe
tahun pertama kita bayar ASB loan untuk 10 bulan sahaja. Jadi yang 2 bulan
terhutang itu, anda boleh biarkan sebegitu sampai 20tahun@anda boleh bayar
sedikit demi sedikit. Mana2 tindakan yang anda ambil tidak akan menyebabkan
pihak bank menjual ASB loan anda kerana yang tertungak itu tidak sampai 3
bulan.
Bolehlah anda fikir2kan nak ker aku nie wang pencen RM200k. Majlis
fatwa mengatakan ASB itu harus. Tiada lagi yang katakan haram.
No comments:
Post a Comment