Ada beberapa pilihan, diantaranya dari Bank tempatan, dari kedai dan dari penjual Emas Bar & Dinar.
Sebelum ini, bank menjadi pilihan utama untuk membeli seperti
Kijang Emas di Maybank atau Maple Leaf Gold Coin dari UOB Bank. Tetapi
wujud masalah kekurangan stok disebabkan permintaan yang terlalu tinggi
untuk produk Emas Fizikal.
Selain itu, ada juga kekurangan dari sudut lain, iaitu produk Emas
mereka tidak boleh dibuka pembalut luarnya, dan pada saya ini merupakan
satu kekurangan besar kerana:
- PEMBALUT TIDAK BOLEH DIBUKA – Anda tidak berpeluang melakukan pengesahan ketulenan tersebut, kerana untuk ujian itu pembalut Emas perlu dibuka, dan jika dibuka Bank tidak akan membeli Emas itu semula.
- TIDAK BOLEH DIGADAI – Ini juga menyebabkan tersebut tidak boleh digadai, kerana proses gadaian memerlukan Emas tersebut melalui ujian pengesahan ketulenan.
Begitu juga jika anda membeli dari kedai Emas, selain 2 kekurangan
diatas, membeli dari kedai Emas juga ada kekurangan tambahan yang lain
seperti:
- SUSUT NILAI - Spread belian balik yang ditawarkan sangat tinggi, sekitar 25-30%.
- HARGA TIDAK SELARAS – Harga mereka tidak selaras dengan harga Emas di pasaran antarabangsa, dan ini akan menyebabkan berlakunya situasi dimana ketika harga Emas antarabangsa turun rendah, tetapi harga mereka tetap kekal tinggi. Bermakna pembeli akan teraniaya, dan situasi ini memang benar-benar berlaku sejak harga Emas turun pada bulan September 2011 mencecah paras sehingga RM16x segram, tetapi harga mereka tetap berada sekitar RM195 – RM210 segram.
Saya sendiri telah melalui pengalaman membeli
dari Kedai Emas ketik pertama kali membeli Emas Fizikal sebagai
Pelaburan pertama saya, dan kekurangan diatas adalah hasil pengalaman
yang saya lalui sendiri.
Secara peribadi, saya cadangkan anda membeli Emas fizikal daripada
Syarikat Pengeluar dan Penjual Emas dan Perak fizikal, yang juga
merupakan pelopor kepada industri Emas Simpanan dan Pelaburan di
Malaysia sejak tahun 2008 iaitu Public Gold Group atau lebih dikenali dengan nama Public Gold.
Public Gold juga baru-baru ini telah menjalani proses pemeriksaan
dokumentasi oleh Bank Negara Malaysia dan telah disahkan tanpa ada
sebarang masalah.

No comments:
Post a Comment