Sekarang ini ramai yang bersunggut kerana kenaikan harga emas tidak seperti yang dijangkakan. Bagi
mereka yang beli dan simpan sahaja, mungkin tidak pening kepala sangat. Tapi bagi
golongan yang menggunakan Arrahnu untuk meraih keuntungan lebih besar mesti
termenung memikirkan upah
yang terpaksa di bayar ribuan RM disebabkan harga
emas sepanjang 2012 tiada kenaikan ketara sepertimana diharapkan pelabur iaitu kenaikan
2011 akan berulang.
Tapi apa nak dikata...nasi dah jadi bubur...emas Arrahnu mungkin
bakal dilelong. Nasihat saya kalau boleh ambil semula emas di arrahnu dan dapat
balik modal, tebus aje. Kalau tidak bayarlah upah dengan mengharap harga akan
naik.
Memang 1 kesilapan bagi pelabur emas, membeli barang
perhiasan untuk melabur dalam emas. Ini kerana, spread barangan tersebut adalah
tinggi iaitu 10%. Kenapa kita tidak memilih spread yang lebih rendah...?
Jawapan dia sebab kurang ilmu dalam pelaburan. Join sebab ramai yang join n
kater untung.
1 lagi kesilapan para pelabur ialah menggunakan Arrahnu ntuk
meningkatkan nisbah keuntungan. Arrahnu hanya sepatutnya digunakan pada waktu
terdesak. Contohnya, setelah kita membeli emas, harga turun dengan agak banyak.
Time macam nie, bolehlah guna Arrahnu untuk meningkatkan kadar keuntungan.
Jadi bagi yang baru nak mula melabur dalam emas @ pelabur
yang dah tertipu dengan skim 30 – 70 penjual emas... JANGAN beli barangan kemas
untuk tujuan pelaburan emas.
No comments:
Post a Comment